Black Metal Pijak Al Quran

Buzz this



Aku nak cerita pasai Black Metal today. Boleh? Kalau nak aku cerita kene taw dulu latar belakang black metal menyesatkan ini. Mungkin ada segelintir korang xtaw pasai sejarah black metal. Dia berasal dari mana? Kodiang, kedah ka? Gua Musang, kelantan ke? Semua tu kene taw sbb information kata kan. Nanti senang sbb kita taw apa itu black metal. kan.


Sejarah Black Metal.

  • Pada akhir 1980 dan awal 1990, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Øystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem.
  • Ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse.

Black Metal Ajaran Sesat?

Ya, Aku setuju 100%. Sapa xstju ikot korang lo. Tapi aku layan gak lagu dia. hehe. besh. blh layan kepala. Lirik lagu black metal banyak menyesat kan dan banyak boleh menkafirkan umat islam kalau kita membacanya. Xpercaya??

Against the odds, black metal gods

Fight to achieve our goal

Casting a spell, leather and hell

Black metal gods rock 'n roll

Building up steam, nuclear screams

War-heads are ready to fight

Black leather hounds, faster than sound

Metal our purpose in life

Antara lirik sesat aku cari. Group Venom kot. entah lar
Kalau kita baca kita dah kafir kot. sbb mengaku tuhan black metal pekejadahnya tetapi bukan Allah.
Astafirwaalazim.....


Kambing?




Pengikut black metal minum darah kambing hidup2 sebab darah kambing nie ada tenaga yang boleh memberontak dan tenaga yang panas. Selepas minum darah kambing, dieorng lebih beranie untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Antaranya. Seks bebas, kutuk tuhan, pijak bakar al quran. dan sbginya.


SHitttttt Black Metal? fikir fikir dan selamat beramah..




p/s : aku bukan ustaz dan cikgu b.i. Kalau tersilap minta maaf ya. (;

14 comments:

Zool Blogger said...

Pengikut Black Metal yang salah ..
Ikut Pentagram la , lambang christ terbaliklah, hina Quran.. memang teruk sgt mereka ni.. Dekat Malaysia pun ada pengikutnya dan amat merbahaya sekali..
Tak tau nak tulis per lagi.. Tapi memang nampak akhir zaman semakin dekat.

http://ligakampung.com

akumenjerit said...

kalau jumpe pngikut b matel nie bunuh je.. senang kan..

YunK said...

zool blogger: Petanda akhir zaman.

akumenjerit: bunuh senang menyusahkan orng je kan. hehe

joegrimjow said...

mmg bengong org camni
ishhh

remy said...

aku lyn gak black metal ni.. tpi xde smpai nak murtad de..
tpi kt malaysia ni, aku belum jumpe band yang pijak al-quran.. minum darah kambing..
adakah ini cara orang islam, memfitnah cara sendiri..
tnya dulu org yg minat music genre ni..jgn main tulis je..
itu nama nye mmfitnah..
besar dosa nye
tu la bnyak sgt baca harian metro..
kat harian metro ada result no 4D.. nape korang x komplem plk!!! bagus la tu.. patut rmai org islam beli harian metro

Contramen said...

venom main black metal ya bang? hehehehe...

Anonymous said...

ini cerita sudah basi la buat ler entry lain yg lagi berfaedah cerita mcm mana nk kaya ker mcm mana nak masuk syurga ka... ini x abis cita black metal bosan la bai..

Anonymous said...

mana kau dapat sumber ni? bukan nak menegakkanlah, tapi jangan kau main bedal je. kau kenal ke semua mat metal kat malaysia ni sampai terus kau kata mcm tu? tu lagi satu tu..terus2 kau nak bunuh, haram jadah...jgan main bedal bro. kau baru dengar 1 lagu je ke terus kau kata sesat? antara lagu mengagungkan perempuan, cinta2 yg melampaui cinta pada Allah,
dengan lagu yang mengisahka kematian, kewaspadaan terhadap jin dan syaitan...mana lagi baik? jangan terus hentam selamber bro. nak jadi blogger kena bijak. takut2 trgolong dalam fitnah.

Contramen said...

103 follower tu beb.. dan jika 103 follower cite kt 100org kwn diorg camne ek? aku juga peminat music metal dan aku juga bermain music metal.. lalu je di kubur aku masih sedekahkan alfatihah.. adakah aku pun jenis pijak quran? ko ambil gambar org pijak quran tu sah2 aku bleh kata tu kaki mat saleh.

jika seorang mat hiphop pijak quran, adakah ko akan kata Too Pat tu ajaran sesat jugak? bro, aku xmau gaduh dgn golongan sekali hadam terus buat andaian sendiri.. xguna klu aku nk berdebat.. tp ko fikirkan benda yg mat metal tempatan x buat tp ko dh sebarkan seluruh dunia. MasyaAllah besarnya dosa.

aku ingat lg gig kt seremban dulu kena ambush.didada akhbar tertulis 2org pompuan yg dlm dewan gig tu jd hamba seks pengikut black metal. ko tau sapa 2 org pompuan tu? bini org beb, diorg ikut laki diorg. nauzubilah.. camana nk minta maaf tu bila 1 malaysia dh pecaya kata2 tu..

Lord said...

Salute statement dari contramen dan remy.....

Hope kalian dpt tunjukkan videos bukti yg kami metalheadz Malaysia buat semua bende karut tu dlm gigs..~~

Brani kerana benar rite??


"kalau jumpe pngikut b matel nie bunuh je.. senang kan.."

wahhhh...~ senang nye kamu jatuh kan hukum erk..ngehee...mybe kamu paling baik kot..n

MAN said...

SAYA CABAR AWAK WAHAI PENULIS TURUNLA GIGS YANG MELIBATKAN BAND BLACK METAL UNTUK MENILAI SEJAUH MANA KEBENARAN HUJAH ANDA NI..

Contramen said...

Sila bagi komen dr statement seorang mangsa fitnah BLACK METAL yg korang dakwa tu..

"personally aku dituduh ingin membina GEREJA SYAITAN dan dituduh telah mengkafirkan 3000 orang menurut mastika isu june 2006. aku dituduh menulis dan menerbitkan kitab syaitan dan telah dijual beribu2 naskah semasa di gigs2 yang diadakan, se...dangkan aku tak menulis kitab syaitan seperti yg dikatakan! APTAH LAGI MEMBANGUNKAN GEREJA SYAITAN! NIAT DAN TERPIKIR KAT KEPALA PUN TAK PERNAH! aku pasti marah sedangkan aku tak pernah buat benda2 tue dan aku masih mengaku Islam, dan mencuba sedaya upaya menjadi seorang islam yang baik.. fahamilah bahawa mastika mengaut keuntungan dengan menyerang individu2 tertentu yang wujud dan MASTIKA TELAH membohongi PEMBACA2 DAN MASYARAKAT MALAYSIA, mastika suka memfitnah mereka yg berkenaan hanya utk melariskan majalah bangsat mereka ini! sedarlah sesiapa yang menyokong mastika dan membeli majalah ini sebenarnya menyokong pembohong dan putar alam! hanya duit menjadi topik utama kewujudan mastika, dan mastika bukan sebagai pengawal moral dan pejuang agama dan bangsa yang didakwa mereka! harap encik asrul faham.. kenapa kami marah.. kenapa kami tak puas hati! boikot lah mastika.. belilah majalah lain atau baca di internet saja... tak perlu beli, mereka (mastika) masih tak mahu sedar! kami hanya perjuangkan hak kami yang difitnah.. ALLAH maha besar, segalanya akan dibuktikan dan majalah mastika perlu dijatuhkan! dibinasakan! ALLAHUAKBAR!"

i need ur comment.. :)

Anonymous said...

Aku nak cerita pasai Black Metal today. Boleh? Kalau nak aku cerita kene taw dulu latar belakang black metal menyesatkan ini. Mungkin ada segelintir korang xtaw pasai sejarah black metal. Dia berasal dari mana? Kodiang, kedah ka? Gua Musang, kelantan ke? Semua tu kene taw sbb information kata kan. Nanti senang sbb kita taw apa itu black metal. kan.


Sejarah Black Metal.

Pada akhir 1980 dan awal 1990, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Øystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem.
Ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse.---> well, is this what u call "aku nak cerita pasal black metal"? with your simple copy paste story and also no other relevant proves? you're so lame.

Pengikut black metal minum darah kambing hidup2 sebab darah kambing nie ada tenaga yang boleh memberontak dan tenaga yang panas. Selepas minum darah kambing, dieorng lebih beranie untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Antaranya. Seks bebas, kutuk tuhan, pijak bakar al quran. dan sbginya.---> mana bukti wujudnya semua ni di malaysia???? mana bukti???????? aku nak bukti. not a writing. BUKTI!

Contramen said...

bukti tiada kajian hanya copy paste sebijik2..

sumber 1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Black_Metal

sumber 2.
http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga.pdf

sumber 3.
http://fhurzan.blogspot.com/2009/09/masalah-sosial-di-kalangan-juvana.html

mau aku bagi lagi sumber2 yg menggunakan ayat yg sama???? so dimana kebenaran kenyataan ko bahawa "aku nak cerita pasal black metal"?

Post a Comment